Tuesday, March 29, 2011

Pelangi Petang

Ia indah. Lengkungan warna-warni ajaib Sang Pelangi. Fenomena kejadian Sang Pelangi sendiri sangat ajaib. Sang Pelangi yang terbentuk dari cahaya putih yang dibiaskan oleh matahari. Warna-warna yang indah dipandang. Keajaiban Sang Pencipta, yang mampu membuat kita terdiam dalam ketakjuban dan memuji kebesaran Yang Maha Esa. Membuat hati mengagumi bagaimana langit mampu menyimpan macam-macam khazanah indah dan terjadi kerana hukum alam yang ditetapkan oleh Tuhan. Indah bukan? Dan apabila pelangi beransur hilang, a sense of lost akan terasa..dan mula rasa rindu nak tengok pelangi lagi. Mengapakah sesuatu yang indah itu, muncul hanya untuk sementara?

Sama seperti perasaan itu. Ia indah. Ia suci. Ia membahagiakan. Ia penuh warna-warni dan menakjubkan.  Penuh kerinduan. Sehingga hati sering mahukan ia kekal dan selalu di hati dan tak  akan pernah pergi.  Tapi seperti pelangi, ia juga akan hilang bila sampai masanya. Akan kah ia hilang? Jika ia hilang, will the same sense of lost will be felt? Bilakah ia akan hilang? Jawapan itu, hanya Tuhan yang tahu. 

Ia tidak akan hilang jika kita tak mahu ia hilang. Di dalam hati, Pelangi itu tetap akan selalu ada. Hence, we remembered the colours of the rainbow. Live for the moment and absorb the colours. It might not will last forever, but dalam hati kita, it will. Who knows, mungkin memang pelangi itu untuk kita, juga rasa bahagia  dan rindu yang datang bersama nya itu. Insya-Allah.

~ tiada yang kekal melainkan Allah SWT ~

*********

P/S : I gave him his birthday present and we saw a curve of a rainbow yesterday. Both of us can see the curve of both side perfectly but not the top. Oh well, that should be expected since at our angle, in the middle of the rainbow, the sun is quite bright. but it does kinda sweet watching rainbow with someone special. I mean, its a rainbow right? bukan terjadi selalu. Tiada timing yang spesifik untuk ia muncul and bila dia rasa nak tunjuk diri yang cantik tu, ia akan tunjuk. Maka kami adalah insan terpilih itu untuk menyaksikan kebesaran Tuhan itu bersama. Subhanallah =) Ahaha. Sweet lah konon? Tolong lah~~

(^^)y

No comments: