Salam. Wassup homosapiens! Lama gila saya tak menulis di blog. Seperti biasa, jawapan cliche saya sibuk dengan kerja dan pada masa yang sama saya melalui saat-saat paling sukar dalam hidup saya. Menyebabkan mood untuk menulis tiada. Hehe.. (Alasan!). Pada hari Rabu, ibunda kepada kawan rapat saya, Jue telah pergi menemui Ilahi pada kira-kira jam 5.30am. Pada waktu Subuh saya telah menerima SMS dari Jue mengkhabarkan tentang pemergian ibunda nya. Saya tersentap namun disebabkan letih saya tetap tertido. Dalam tido saya bermimpi saya menelefon Jue dan pada masa yang sama berfikir samada nak ambil half day atau cuti whole day terus. Bila saya bangun, saya decide untuk mengambil half-day dan terus menghubungi Wali, Bf Jue which is kawan saya juga, untuk ikut ke rumah Jue. Ibu Jue yang saya mesra dengan panggilan Mak (panggilan Jue pada arwah ibu nya) seorang yang baik, penyabar dan tabah. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, di mana buah pinggang beliau telah rosak. Sebelum-sebelum ini, beliau melalui rawatan dialisis..dan apabila di hospital, saya akan ikut Jue melawat Mak. . Saya ade call Jue untuk maklumkan dia akan kedatangan saya tapi panggilan tak dijawab. Faham-fahamlah kan.. Hmm.. Sepanjang perjalanan ke Sg. Buloh, bermacam-macam yang saya fikirkan. Thoughts are playing in my mind but somehow, I felt numb. Saya tak taw macam mana nak deal dengan situasi ini. Dalam hati saya berdoa semoga Tuhan tabahkan hati Jue dan kuatkan semangat nya untuk menghadapi semua ini. Oh, sedangkan kematian kucing pun diratapi.Apetah lagi pemergian ibu yang tidak mungkin dapat dicari ganti. Sejenak, lamunan saya melayang kepada Mama, Tok Jan (nenek saya, ibu kepada Mama) dan makcik saya yang saya panggil Ibu. 3 wanita ini bertanggungjawab mendidik saya dan membentuk saya menjadi siapa saya sekarang. Antara ketiga-tiga, saya lebih rapat dengan Tok Jan, nenek saya. Saya cuba bayangkan andai Tok Jan yang pergi meninggalkan saya..oh tidak! Sumpah saya tidak dapat membayangkan kejadian itu. Semoga Allah swt panjangkan umur mereka bertiga. Setitis air mata saye berguguran. Wali dihadapan memandu dengan laju sekali. Anxious untuk sampai cepat mungkin..dan saya mengikuti rapat dibelakang. Kang sesat kang saje je..huhu~
Sewaktu saya dan Wali sampai di rumah Jue di Sg. Buloh, jenazah arwah Mak sedang dimandikan. Tetapi saya tak nampak pun kelibat Jue, cuma Ayah memaklumkan bahawa Jue ikot memandikan Mak. Oh sebak ketika saya tengok muka Ayah. Mulut terkunci nak ucapkan Takziah. Saya pasti bukan itu yang ingin Ayah dengar keluar dari mulut saya. Saat jenazah dikapankan, saya masuk untuk melihat wajah Mak untuk kali terakhir. Pilu rasa hati, sukar digambarkan. Memori berbual dengan Mak di hospital bermain macam drama dalam otak saya. Oh Mak, Azx doakan semoga Mak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Di dalam hati tak putus saya membaca Al-Fatihah dan Surah 3 Qul. Meleleh-leleh air mata saya dan saya tercari-cari kelibat Jue. Selesai dikapankan, anak-anak dan Ayah dipanggil untuk mengucup/menatap wajah Mak untuk kali terakhir. Sekali lagi pandangan mata saya kabur..dan saya nampak Jue. Jue nampak kurus dan cengkung..dia yang paling penat menjaga Mak sewaktu Mak sakit selama ini. Oh alangkah sebak dan pilu hati saya melihat si sahabat begitu. Jue mengusap wajah Mak dan mengucup dahi dan kedua-dua pipi Mak. Wajah nya keruh menyimpan sejuta rasa. Saat jenazah Mak diangkat ke atas pengusung, saya merapati Jue. Dan tatkala Jue memandang saya, empangan hiba nya pecah dan dia menangis dalam pelukan saya. Andai dapat saya kongsi rasa sedih itu, saya sanggup berkongsi agar dia tidak menanggungnya seorang diri. Dapat saya rasakan kehibaan Jue. Kami berpeluk-pelukan dan Jue seperti tak ingin melepaskan saya. Benar saya tidak pernah mengalami perasaan berpisah mati dengan orang tersayang, tapi saya pernah melalui pengalaman kehilangan orang tersayang, yang saya jaga dan saya hargai seperti saya menghargai nyawa saya. Dan kehilangan itu menyebabkan kan semangat saya patah, jiwa saya terseksa dan hidup saya menderita. Setiap hari yang saya lalui tanpa sebarang perasaan dan dunia terasa begitu kelam. Perlahan-lahan saya harus bangkit untuk meneruskan kehidupan walau payah. Dan sungguh, sedikit sebanyak saya faham apa yang Jue rasakan. Perasaan kehilangan itu.
Saat jenazah Mak dibawa ke surau, saya ikut mengiringi sehinggalah akhirnya ke tanah perkuburan. Hening tanah perkuburan, taman tempat berehat bagi yang sudah terpisah roh dari jasad, tempat persinggahan sebelum tibanya Hari Pengadilan. Tempat semua mereka yang dicipta oleh Yang Esa akan berada satu hari nanti. Keinsafan menyelubungi diri saya. Mata saya tidak lepas dari memandang Jue, dan tidak saya biarkan Jue bersendirian. Ketahuilah wahai sahabat, betapa luluh hatiku melihat kesedihan kamu..dan betapa aku rasa tidak berguna kerana tidak mampu membuat kan rasa itu surut walau sedikit. Pabila jenazah Mak diturunkan ke liang lahad, air mata meleleh lagi. Saya iringi pemergian mak dengan bacaan Al-Fatihah sebagai hadiah. Tenanglah Mak disana, akan Azx hadiahkan Surah Yassin buat Mak agar Mak tak sunyi. Selesai bacaan talkin beransur-ansur kami meninggalkan tanah perkuburan. Telah dikatakan bahawa, setelah selesai talkin dibacakan dan setelah manusia terakhir baru 7 langkah meninggalkan kubur, datanglah malaikat Munkar dan Nakir yang akan menanyai segala perbuatannya di dunia. Seram saya ketika teringatkan fakta itu. Saya berdoa semoga amalan Mak memudahkan rohnya untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir. Sepanjang perjalanan pulang, kami membisu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan sendiri..termasuk saya.
Setelah meminta diri, saya menuju ke kereta. Untuk kesekian kalinya saya termenung. Mungkin hari ini akan proceed to full day Emergency Leave. Laju sungguh otak saya berfikir..thoughts are hitting my head like rain. Slow but steady. Refreshing and awakening. Sedang jiwa saya masih belum betul-betul pulih dari kehilangan yang saya alami, Allah Yang Maha Besar telah menentukan saya untuk merasai pengalaman ini. Tak lama selepas Dia telah mengutuskan seorang teman baru kepada saya, yang agak istimewa kerana si teman baru yang telah berjaya membuka minda saya tentang hidup dan erti kemaafan, Dia telah menguatkan lagi kesedaran saya dengan memberi saya peluang untuk menghayati erti keinsafan dengan lebih mendalam. Laju saya mendail nombor telefon Tok Jan. Kerinduan di dalam hati terasa bagai on the spot mahu pulang ke Penang untuk menatap wajah Tok dan Nenek saya dan mendakap mereka. Siapa tahu bila kali terakhir kami akan berjumpa..sementara ada kesempatan ini, saya mahu mereka tahu saya amat menyayangi mereka. Saya telah mengabaikan mereka sementara diri berada di dalam lubang hitam yang tiada jalan keluar..tidak bertanyakan khabar, tidak bertanyakan cerita, walhal sebelum ini hampir setiap hari saya akan menelefon mereka. I'm too lost in my own misery to notice there're bigger things than my deep black-pit. Syahdu terasa tatkala mendengar suara nenek yang mengajar saya tentang sifat yang terpuji dan pekerti yang elok, nenek yang mendengar saya mengaji dan mengajar khasiat surah-surah di dalam Al-Quran dan kepentingan solat. Nenek yang kerap mengingatkan 'Perempuan mesti kena taw buat kerja rumah dan urus keluarga.Mesti kena rajin dan pandai bawak diri', yang telah banyak mendidik peribadi saya menjadi siapa saya sekarang. Setelah dikhabarkan berita sedih tentang pemergian arwah Mak (nenek saya kenal Jue sebab dia pernah ikot saya pulang ke Penang) dengan suara yang tersekat-sekat dan air mata bergenang dikelopak, laju saya memohon maaf kerana telah hilang dari radar mereka untuk sementara. Mujur Tok Jan saya memahami. Kemudian, saya terus pulang ke rumah, mahu menatap wajah Mama yang kali terakhir bertemu hujung minggu lepas, kami telah bertengkar dan saya pulang ke rumah sewa tanpa meminta maaf, mahupun melihat wajahnya. Sungguhpun mungkin Mama bukan ibu yang terbaik mahupun paling memahami, tapi saya pasti Mama telah mencuba sedaya-upaya dan saya sebagai anak patut menghargai dan menghormati Mama selagi hayatnya masih ada, bukan menyesal ketika jasad Mama telah dikapankan. Maafkan Rena Mama, Rena banyak berdosa dengan Mama, Rena tak pandai jaga diri dan Rena anak yang nakal..selalu bagi Mama runsing. Rena banyak berdosa dengan Mama dan dengan Tuhan. Dan ketika itu, Mama hanya mampu memandang wajah saya dan saya lihat dia menangis. Tersentuh.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasai perasaan keinsafan ini. Saya kagum dengan kebesaran Allah SWT, dan dari hati yang ikhlas saya bersyukur. Dikala saya di dalam kegelapan dan telah berikhtiar sehabis daya untuk keluar dari kegelapan itu (hanya Tuhan yang tahu ikhtiar saya), Alhamdulillah, Allah SWT telah tunaikan ikhtiar saya dengan cara Nya yang tersendiri. Hati saya lebih tenang dan jiwa saya merasakan satu kedamaian yang sukar saya gambarkan. Ada perkara yang lebih penting dalam hidup ini selain dari masalah yang saya lalui. Dan saya sedang memanjat keluar dari lubang hitam yang dalam itu dengan bantuan rakan-rakan dan keluarga. Mungkin bayang-bayang hitam akan mengekori saya, tapi tidak mengapa, saya anggap ia sebagai peringatan buat saya. Semua yag terjadi, biar terjadi..terima sahaja denga rela.
Kepada Awak, Saya redha jika ini ketentuan Allah SWT terhadap Saya. Pergilah Awak melalui jalan hidup yang Awak pilih dan sila jangan toleh ke belakang lagi. Saya percaya Awak bahagia dengan jalan hidup yang Awak mahukan namun jika ia tidak seperti yang diingini, terima ia dengan redha kerana itu keputusan Awak. Penganiayaan dan pengkhianatan Awak pada Saya terlalu berat untuk Saya terima dan lupakan..Maafkan Saya andai diri ini tidak mampu memaafkan Awak tapi ketahuiah bahawa Saya juga tidak membenci. Saya tidak diajar untuk menjadi pendendam dan busuk hati mahupun zalim. Saya terkilan dengan sikap dan tindakan Awak tapi Saya percaya, dengan izin Allah SWT, I'll get better in times. Semoga Awak akan menjadi lebih matang dalam melakukan sebarang tindakan di masa hadapan. Insya-Allah. Mulai hari ini, dengan redha Saya lepaskan Awak pergi. Semoga bahagia yang Awak cari, akan Awak miliki. Dan semoga bahagia Saya akan tiba suatu hari nanti. Kepada Allah SWT Saya berserah..dari Dia rasa ini datang, dan kepada Dia juga rasa ini akan kembali...~
"Semoga roh Arwah Mak dicucuri rahmat dan ditempatan dikalangan manusia beriman yang Kau kasihi. Amin"
Al-Fatihah
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita akan kembali. Subhanallah.
4 comments:
da lame x dgr update dr ko.. apepn, entri ko karangan panjang! cm karang BM lak.. but, penuh isi.. erm, takziah utk family sahabat ko~ moga kuat! yup, lebih senang cakap drpd buat, tp itu je yg kita akan mampu luahkn saat2 begini.. dan ko jugak, moga terus bangun ye babe!
haha..anggapla ne esei BM or report untuk subjek master kite dulu.hihi~
hmm..lame gak aku menyepi partly mmg betol sbb aku busy, partly sbb aku in-denial.so prinsip aku, when in-denial or in-doubt better senyap dan let it cool instead of tulis yg bukan2 and hentam org.aku saket kebelakangan ne.recovering slowly..thanx for the wish dear friend! =)
honestly aku tataw cane nak make her feel better..i wish i can be much more of a friend.plus aku terkilan sebab masalah aku ne, aku tak pergi jenguk Mak semasa hayat arwah yang terakhir..and cut-out ramai org dr life aku.huhu~ hope dpt jadi pengajaran utk semua.. not to take for granted what we have now, bcos in a second anything can be taken back from us.there's more to life then sulking in misery..
nanges bc entry ni..
sobs..
al fatihah buat yg da pergi~
Huhu..terharu bile mushaiy cakap mcm tu..
Kak Azx cuma sekadar menyampaikan spy jd renungan bersm.
Hidup ne singkat..penuhi dgn kebaikan dan bkn kezaliman.kegembiraan dan bkn kesedihan.Kalo bleyh..elak dr saket kan hati org len. Ingat Tuhan sentiasa.Tu je.Alah sapela Kak Azx kan nak ckp sume ne..dr sndr pon jahil.. =)
Pape pon..life is too short, so enjoy it to the fullest!! =)
Post a Comment