Bayangkan, korang sedang berjalan di satu lorong yang sepi, korang digamit oleh bau yang wangi yang membuatkan korang sukar untuk berlalu dari lorong itu. Tiba-tiba korang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara. Tanpa sebab, hanya kerana Si Penangkap merasakan bahawa korang harus ditangkap. Ketika pintu ditutup, Si Penangkap memberitahu bahawa dalam masa 4 bulan lagi korang akan dihukum bunuh. Di dalam penjara yang gelap dan sepi, cuma ada diri sendiri, sejadah dan Al-Quran. Kawan-kawan tidak putus datang melawat dan memberi kata-kata semangat dan perangsang. Namun ada juga yang berkata 'Kan sudah aku ingat kan supaya kau jangan ke lorong gelap itu..kan bagus jika lebih awal kau sedar.Pasti tidak akan jadi begini..'. Pedih. Dengan tiada sebab, diri ditangkap dan dihumban di dalam penjara sepi..menunggu masa hukuman bunuh dijalankan. Pedih bila ungkapan itu dilafazkan kerana diri tidak pernah berniat untuk melakukan sebarang kesalahan sehingga pengakhiran nya adalah begini.
Jika korang dalam situasi itu apa yang akan korang lakukan? Buntu bukan? Seorang diri meratapi nasib diri. Walau di mana mata melihat, yang dapat dijangkau penglihatan hanyalah dinding dan kegelapan.Tiada jalan keluar. Tiada tingkap, tiada cahaya. Air mata pasti mengalir mengenang nasib diri yang malang, yang menjadi mangsa penganiayaan manusia lain.
Jika korang dalam situasi begitu, bagaimanakah perasaan korang? Orang yang disayangi, hanya dapat dilihat untuk terakhir kalinya pada 4 bulan akan datang. Sebelum korang dibunuh. Pasti perasaan nya seperti mahu diminta agar dibunuh pada masa itu juga. Tidak sanggup rasanya menunggu. Namun, masa-masa terakhir tetap dihabiskan di sejadah dan membaca Al-Quran.
Disertai dengan Doa yang tidak putus-putus dipanjatkan kepada Yang Esa, agar kehidupan antara sekarang sehingga ke Hari Kelam, dipermudahkan. Pada masa itu, hanya Dia yang mendengar keluhan dan tangisan serta rintihan hati. Hanya pada Dia kita berserah dan pasrah dan bermohon agar dimudahkan diri meredhai ketentuan ini. Hanya kepada dia kita menyerahkan jiwa dan raga dek kerana tidak sanggup menahan seksaan jiwa dan ketentuan takdir.
Pernahkah korang merasa apa yang cuba saya suruh korang bayangkan? Perasaan terdesak dan hampir putus harapan itu? Perasaan apabila terperangkap di dalam bilik yang gelap dan tiada jalan keluar. Setiap hari memohon agar takdir lebih berpihak kepada diri korang..Pernahkah?
Saya pernah. Tapi saya percaya, Tuhan Yang Maha Esa pasti akan membantu saya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment