Monday, October 25, 2010

From my window..



From my window..this is what I see every morning when I woke up. The splendid blue sky~ (^^)

From my window..this is where I watch the pigeons playing. Oh..and mating. Hee~ (^^)

From my window..this is where I sat while learning to play my bestie's blue guitar. With my ears stuffed with mp3.. (^^)Y

From my window..this is where the passing komuter can be heard passing by..Aiiii~ (T_T)

From my window..this is where I sat staring at the sky when I missed you the most. I can see your face in the sky. Then lonely owned me so bad it gripped my heart till it ache. And everything you said played in my head in repeat-mode, replacing the sound of the chirping birds with Stay away! STAY away! STAY AWAY!!

.......

I stopped looking from my window ever since.


Published with Blogger-droid v1.6.3

Friday, October 22, 2010

Lessons In Life

Salam. Wassup homosapiens! Lama gila saya tak menulis di blog. Seperti biasa, jawapan cliche saya sibuk dengan kerja dan pada masa yang sama saya melalui saat-saat paling sukar dalam hidup saya. Menyebabkan mood untuk menulis tiada. Hehe.. (Alasan!). Pada hari Rabu, ibunda kepada kawan rapat saya, Jue telah pergi menemui Ilahi pada kira-kira jam 5.30am. Pada waktu Subuh saya telah menerima SMS dari Jue mengkhabarkan tentang pemergian ibunda nya. Saya tersentap namun disebabkan letih saya tetap tertido. Dalam tido saya bermimpi saya menelefon Jue dan pada masa yang sama berfikir samada nak ambil half day atau cuti whole day terus. Bila saya bangun, saya decide untuk mengambil half-day dan terus menghubungi Wali, Bf Jue which is kawan saya juga, untuk ikut ke rumah Jue. Ibu Jue yang saya mesra dengan panggilan Mak (panggilan Jue pada arwah ibu nya) seorang yang baik, penyabar dan tabah. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, di mana buah pinggang beliau telah rosak. Sebelum-sebelum ini, beliau melalui rawatan dialisis..dan apabila di hospital, saya akan ikut Jue melawat Mak. . Saya ade call Jue untuk maklumkan dia akan kedatangan saya tapi panggilan tak dijawab. Faham-fahamlah kan.. Hmm.. Sepanjang perjalanan ke Sg. Buloh, bermacam-macam yang saya fikirkan. Thoughts are playing in my mind but somehow, I felt numb. Saya tak taw macam mana nak deal dengan situasi ini. Dalam hati saya berdoa semoga Tuhan tabahkan hati Jue dan kuatkan semangat nya untuk menghadapi semua ini. Oh, sedangkan kematian kucing pun diratapi.Apetah lagi pemergian ibu yang tidak mungkin dapat dicari ganti. Sejenak, lamunan saya melayang kepada Mama, Tok Jan (nenek saya, ibu kepada Mama) dan makcik saya yang saya panggil Ibu. 3 wanita ini bertanggungjawab mendidik saya dan membentuk saya menjadi siapa saya sekarang. Antara ketiga-tiga, saya lebih rapat dengan Tok Jan, nenek saya. Saya cuba bayangkan andai Tok Jan yang pergi meninggalkan saya..oh tidak! Sumpah saya tidak dapat membayangkan kejadian itu. Semoga Allah swt panjangkan umur mereka bertiga. Setitis air mata saye berguguran. Wali dihadapan memandu dengan laju sekali. Anxious untuk sampai cepat mungkin..dan saya mengikuti rapat dibelakang. Kang sesat kang saje je..huhu~

Sewaktu saya dan Wali sampai di rumah Jue di Sg. Buloh, jenazah arwah Mak sedang dimandikan. Tetapi saya tak nampak pun kelibat Jue, cuma Ayah memaklumkan bahawa Jue ikot memandikan Mak. Oh sebak ketika saya tengok muka Ayah. Mulut terkunci nak ucapkan Takziah. Saya pasti bukan itu yang ingin Ayah dengar keluar dari mulut saya. Saat jenazah dikapankan, saya masuk untuk melihat wajah Mak untuk kali terakhir. Pilu rasa hati, sukar digambarkan. Memori berbual dengan Mak di hospital bermain macam drama dalam otak saya. Oh Mak, Azx doakan semoga Mak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Di dalam hati tak putus saya membaca Al-Fatihah dan Surah 3 Qul. Meleleh-leleh air mata saya dan saya tercari-cari kelibat Jue. Selesai dikapankan, anak-anak dan Ayah dipanggil untuk mengucup/menatap wajah Mak untuk kali terakhir. Sekali lagi pandangan mata saya kabur..dan saya nampak Jue. Jue nampak kurus dan cengkung..dia yang paling penat menjaga Mak sewaktu Mak sakit selama ini. Oh alangkah sebak dan pilu hati saya melihat si sahabat begitu. Jue mengusap wajah Mak dan mengucup dahi dan kedua-dua pipi Mak. Wajah nya keruh menyimpan sejuta rasa. Saat jenazah Mak diangkat ke atas pengusung, saya merapati Jue. Dan tatkala Jue memandang saya, empangan hiba nya pecah dan dia menangis dalam pelukan saya. Andai dapat saya kongsi rasa sedih itu, saya sanggup berkongsi agar dia tidak menanggungnya seorang diri. Dapat saya rasakan kehibaan Jue. Kami berpeluk-pelukan dan Jue seperti tak ingin melepaskan saya. Benar saya tidak pernah mengalami perasaan berpisah mati dengan orang tersayang, tapi saya pernah melalui pengalaman kehilangan orang tersayang, yang saya jaga dan saya hargai seperti saya menghargai nyawa saya. Dan kehilangan itu menyebabkan kan semangat saya patah, jiwa saya terseksa dan hidup saya menderita. Setiap hari yang saya lalui tanpa sebarang perasaan dan dunia terasa begitu kelam. Perlahan-lahan saya harus bangkit untuk meneruskan kehidupan walau payah. Dan sungguh, sedikit sebanyak saya faham apa yang Jue rasakan. Perasaan kehilangan itu.

Saat jenazah Mak dibawa ke surau, saya ikut mengiringi sehinggalah akhirnya ke tanah perkuburan. Hening tanah perkuburan, taman tempat berehat bagi yang sudah terpisah roh dari jasad, tempat persinggahan sebelum tibanya Hari Pengadilan. Tempat semua mereka yang dicipta oleh Yang Esa akan berada satu hari nanti. Keinsafan menyelubungi diri saya. Mata saya tidak lepas dari memandang Jue, dan tidak saya biarkan Jue bersendirian. Ketahuilah wahai sahabat, betapa luluh hatiku melihat kesedihan kamu..dan betapa aku rasa tidak berguna kerana tidak mampu membuat kan rasa itu surut walau sedikit. Pabila jenazah Mak diturunkan ke liang lahad, air mata meleleh lagi. Saya iringi pemergian mak dengan bacaan Al-Fatihah sebagai hadiah. Tenanglah Mak disana, akan Azx hadiahkan Surah Yassin buat Mak agar Mak tak sunyi. Selesai bacaan talkin beransur-ansur kami meninggalkan tanah perkuburan. Telah dikatakan bahawa, setelah selesai talkin dibacakan dan setelah manusia terakhir baru 7 langkah meninggalkan kubur, datanglah malaikat Munkar dan Nakir yang akan menanyai segala perbuatannya di dunia. Seram saya ketika teringatkan fakta itu. Saya berdoa semoga amalan Mak memudahkan rohnya untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir. Sepanjang perjalanan pulang, kami membisu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan sendiri..termasuk saya.

Setelah meminta diri, saya menuju ke kereta. Untuk kesekian kalinya saya termenung. Mungkin hari ini akan proceed to full day Emergency Leave. Laju sungguh otak saya berfikir..thoughts are hitting my head like rain. Slow but steady. Refreshing and awakening. Sedang jiwa saya masih belum betul-betul pulih dari kehilangan yang saya alami, Allah Yang Maha Besar telah menentukan saya untuk merasai pengalaman ini. Tak lama selepas Dia telah mengutuskan seorang teman baru kepada saya, yang agak istimewa kerana si teman baru yang telah berjaya membuka minda saya tentang hidup dan erti kemaafan, Dia telah menguatkan lagi kesedaran saya dengan memberi saya peluang untuk menghayati erti keinsafan dengan lebih mendalam. Laju saya mendail nombor telefon Tok Jan. Kerinduan di dalam hati terasa bagai on the spot mahu pulang ke Penang untuk menatap wajah Tok dan Nenek saya dan mendakap mereka. Siapa tahu bila kali terakhir kami akan berjumpa..sementara ada kesempatan ini, saya mahu mereka tahu saya amat menyayangi mereka. Saya telah mengabaikan mereka sementara diri berada di dalam lubang hitam yang tiada jalan keluar..tidak bertanyakan khabar, tidak bertanyakan cerita, walhal sebelum ini hampir setiap hari saya akan menelefon mereka. I'm too lost in my own misery to notice there're bigger things than my deep black-pit. Syahdu terasa tatkala mendengar suara nenek yang mengajar saya tentang sifat yang terpuji dan pekerti yang elok, nenek yang mendengar saya mengaji dan mengajar khasiat surah-surah di dalam Al-Quran dan kepentingan solat. Nenek yang kerap mengingatkan 'Perempuan mesti kena taw buat kerja rumah dan urus keluarga.Mesti kena rajin dan pandai bawak diri', yang telah banyak mendidik peribadi saya menjadi siapa saya sekarang. Setelah dikhabarkan berita sedih tentang pemergian arwah Mak (nenek saya kenal Jue sebab dia pernah ikot saya pulang ke Penang) dengan suara yang tersekat-sekat dan air mata bergenang dikelopak, laju saya memohon maaf kerana telah hilang dari radar mereka untuk sementara. Mujur Tok Jan saya memahami. Kemudian, saya terus pulang ke rumah, mahu menatap wajah Mama yang kali terakhir bertemu hujung minggu lepas, kami telah bertengkar dan saya pulang ke rumah sewa tanpa meminta maaf, mahupun melihat wajahnya. Sungguhpun mungkin Mama bukan ibu yang terbaik mahupun paling memahami, tapi saya pasti Mama telah mencuba sedaya-upaya dan saya sebagai anak patut menghargai dan menghormati Mama selagi hayatnya masih ada, bukan menyesal ketika jasad Mama telah dikapankan. Maafkan Rena Mama, Rena banyak berdosa dengan Mama, Rena tak pandai jaga diri dan Rena anak yang nakal..selalu bagi Mama runsing. Rena banyak berdosa dengan Mama dan dengan Tuhan. Dan ketika itu, Mama hanya mampu memandang wajah saya dan saya lihat dia menangis. Tersentuh.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasai perasaan keinsafan ini. Saya kagum dengan kebesaran Allah SWT, dan dari hati yang ikhlas saya bersyukur. Dikala saya di dalam kegelapan dan telah berikhtiar sehabis daya untuk keluar dari kegelapan itu (hanya Tuhan yang tahu ikhtiar saya), Alhamdulillah, Allah SWT telah tunaikan ikhtiar saya dengan cara Nya yang tersendiri. Hati saya lebih tenang dan jiwa saya merasakan satu kedamaian yang sukar saya gambarkan. Ada perkara yang lebih penting dalam hidup ini selain dari masalah yang saya lalui. Dan saya sedang memanjat keluar dari lubang hitam yang dalam itu dengan bantuan rakan-rakan dan keluarga. Mungkin bayang-bayang hitam akan mengekori saya, tapi tidak mengapa, saya anggap ia sebagai peringatan buat saya. Semua yag terjadi, biar terjadi..terima sahaja denga rela.

Kepada Awak, Saya redha jika ini ketentuan Allah SWT terhadap Saya. Pergilah Awak melalui jalan hidup yang Awak pilih dan sila jangan toleh ke belakang lagi. Saya percaya Awak bahagia dengan jalan hidup yang Awak mahukan namun jika ia tidak seperti yang diingini, terima ia dengan redha kerana itu keputusan Awak. Penganiayaan dan pengkhianatan Awak pada Saya terlalu berat untuk Saya terima dan lupakan..Maafkan Saya andai diri ini tidak mampu memaafkan Awak tapi ketahuiah bahawa Saya juga tidak membenci. Saya tidak diajar untuk menjadi pendendam dan busuk hati mahupun zalim. Saya terkilan dengan sikap dan tindakan Awak tapi Saya percaya, dengan izin Allah SWT, I'll get better in times. Semoga Awak akan menjadi lebih matang dalam melakukan sebarang tindakan di masa hadapan. Insya-Allah. Mulai hari ini, dengan redha Saya lepaskan Awak pergi. Semoga bahagia yang Awak cari, akan Awak miliki. Dan semoga bahagia Saya akan tiba suatu hari nanti. Kepada Allah SWT Saya berserah..dari Dia rasa ini datang, dan kepada Dia juga rasa ini akan kembali...~

"Semoga roh Arwah Mak dicucuri rahmat dan ditempatan dikalangan manusia beriman yang Kau kasihi. Amin"

Al-Fatihah

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita akan kembali. Subhanallah.

Thursday, October 21, 2010

Choice of Rhythm : Derita Merindu - Ahli Fiqir


To whom it may concern..

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Ada ku biar, tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Monday, October 4, 2010

I.m.a.g.i.n.e

5.40pm

Bayangkan, korang sedang berjalan di satu lorong yang sepi, korang digamit oleh bau yang wangi yang membuatkan korang sukar untuk berlalu dari lorong itu. Tiba-tiba korang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara. Tanpa sebab, hanya kerana Si Penangkap merasakan bahawa korang harus ditangkap. Ketika pintu ditutup, Si Penangkap memberitahu bahawa dalam masa 4 bulan lagi korang akan dihukum bunuh. Di dalam penjara yang gelap dan sepi, cuma ada diri sendiri, sejadah dan Al-Quran. Kawan-kawan tidak putus datang melawat dan memberi kata-kata semangat dan perangsang. Namun ada juga yang berkata 'Kan sudah aku ingat kan supaya kau jangan ke lorong gelap itu..kan bagus jika lebih awal kau sedar.Pasti tidak akan jadi begini..'. Pedih. Dengan tiada sebab, diri ditangkap dan dihumban di dalam penjara sepi..menunggu masa hukuman bunuh dijalankan. Pedih bila ungkapan itu dilafazkan kerana diri tidak pernah berniat untuk melakukan sebarang kesalahan sehingga pengakhiran nya adalah begini.

Jika korang dalam situasi itu apa yang akan korang lakukan? Buntu bukan? Seorang diri meratapi nasib diri. Walau di mana mata melihat, yang dapat dijangkau penglihatan hanyalah dinding dan kegelapan.Tiada jalan keluar. Tiada tingkap, tiada cahaya. Air mata pasti mengalir mengenang nasib diri yang malang, yang menjadi mangsa penganiayaan manusia lain.

Jika korang dalam situasi begitu, bagaimanakah perasaan korang? Orang yang disayangi, hanya dapat dilihat untuk terakhir kalinya pada 4 bulan akan datang. Sebelum korang dibunuh. Pasti perasaan nya seperti mahu diminta agar dibunuh pada masa itu juga. Tidak sanggup rasanya menunggu. Namun, masa-masa terakhir tetap dihabiskan di sejadah dan membaca Al-Quran.

Disertai dengan Doa yang tidak putus-putus dipanjatkan kepada Yang Esa, agar kehidupan antara sekarang sehingga ke Hari Kelam, dipermudahkan. Pada masa itu, hanya Dia yang mendengar keluhan dan tangisan serta rintihan hati. Hanya pada Dia kita berserah dan pasrah dan bermohon agar dimudahkan diri meredhai ketentuan ini. Hanya kepada dia kita menyerahkan jiwa dan raga dek kerana tidak sanggup menahan seksaan jiwa dan ketentuan takdir.

Pernahkah korang merasa apa yang cuba saya suruh korang bayangkan? Perasaan terdesak dan hampir putus harapan itu? Perasaan apabila terperangkap di dalam bilik yang gelap dan tiada jalan keluar. Setiap hari memohon agar takdir lebih berpihak kepada diri korang..Pernahkah?

Saya pernah. Tapi saya percaya, Tuhan Yang Maha Esa pasti akan membantu saya. Insya-Allah.