5.30pm
Aha..yes, saya memang sengaja letak gambar ne sebagai opening untuk entry saya. Entry ne lambat sehari. Sepatutnya nak tulis semalam, tapi semalam half day and balik awal sebab nak ke klinik. Konon-konon bila sampai rumah, nak update blog. Tapi bese la kan kalo dah balik rumah, apa pon tak jalan..malam nya pulak dah pergi merayap. Bile masa nak tulis entry kan? Time kerja jugak.. (Sowie Bos, kejap jer neh eating blind salary. Hehehe..). On Tuesday, I watched the match between Portugal and Spain at Dataran Merdeka with Cik Aliphant and Incik Tommy Rudez. Sebab nya, Cik Aliphant penyokong tegar team Portugal dan saya, of course lah SPAIN (Viva la Espana!!) jadi since both teams are meeting one another in the match, kitorang decide, ini wajib ditonton bersama dekat port yang menarik. Dah lama dah nak tengok kat Dataran Merdeka, masa Brazil lawan Portugal lagi, tapi ada saje halangan. Kenapa Dataran Merdeka? Skrin dia besar okai..memang puas hati (especially masa David Villa menjaringkan gol..terbaekk~ clear okai! awhh..dan jerawat Ronaldo pon nampak clear jugak). Ala-ala picnic lak kan kitorg siap dengan tikar besar punya..dan juga makanan hasil air tangan Cik Aliphant berupa roti milo dan nugget serta drummet. Saya dan Tommy Rudez bawak perut jer. Hehehe.. Thank Alee for the refreshment. Mula-mula ingat kan macam malas nak pergi..yelah, dari Subang nak ke Dataran Merdeka tuh..dekat la sangat kan. Gaji lak tak masuk lagi and saya memang kering betol. Plus game at 2.30am, esok kerja pulak. Ada yang tidow depan PC neh nanti. Hehehe..~ Tapi atas pujukan berbaur ugutan Incik Tommy dan juga pujukan berbaur godaan Cik Aliphant, maka saya yang diugut dan digoda ne pon pergilah jugak.. Cik Aliphant bersama adik dan sepupu dengan kentalnya datang dari Nilai, Incik Tommy Rudez dari Rawang dan saya dari Subang. Kental beb..Jinggo punya pasal kan. Hee~ Masa sampai di Dataran Merdeka, game antara Jepun dan Paraguay baru habis. Kelihatan penonton sedang beransur-ansur pulang meninggalkan Dataran. Yang berjersi Jepun nampak sugul dan ada yang menanges-nanges. Dari situ, saya membuat kesimpulan bahawa Jepun dah kena tiaw dengan Paraguay..Kesian~ Gotcha! Saya memain jer. Mana ada nanges-nanges. Jersi Jepun pon tak nampak. Hehe..saje jer buat cerita. Lalala~ =P Tapi memang betol pon kan Jepun kalah. Huhuhu~
Sementara tunggu game, main lah UNO dulu..sambil makan-makan dan golek-golek atas tikar. Port kitorang mesti lah paling tengah and depan skrin tuh. Syok ooo~ Macam tengok movie screen besar. Segala-galanya jelas, walau bulu hidung Ronaldo sekalipun nampak (oppsss~ )..ngeh ngeh ngeh..Makin lama makin penuh kawasan Dataran dengan penyokong-penyokong both teams. Happening lah jugak..yang makcik-makcik, pakcik-pakcik pon ada..Hehehe~ We watched the game intently and sekali-sekala saling meng-hanjeng sesama sendiri. Awhh..BTW, si Tommy ne, tetap tak nak reveal team mana sebenarnya yang dia sokong. Rahsia lah konon. Jap macam sokong Germany, jap macam Spain..tah-tah sebenarnya sokong Honduras tapi tak nak ngaku. Huh! Tapi pada malam game, dia menyokong Spain (Yesssss..ada geng meng-hanjeng. HAHA). Pukol 4.30 game habis dengan kemenangan berpihak kepada Sepanyol (Hoyeahhhhh~). Menari Waka-waka semua penyokong team Sepanyol kat Dataran Merdeka. Ngeh ngeh..Err, ne pon saya tipu. Penyokong team Sepanyol menjerit kegembiraan sebab Spain made it to the quarter final. Memang bising abez lah~ Around Dataran pihak DBKL ada letak bola-bola besar as attraction to the area..so as usual, kami bergambar lah dekat bebola tu. Sekali lalu lori DBKL sambil meng-sound kami 'tolong tinggalkan kawasan ini' several times. Potong ar DBKL neh. Macam lah kami nak buat apa-apa..huhu~ So we left the place and membawa haluan masing-masing. Ke-esok kan pagi nya, saya pergi ofis macam biasa manakala Incik Tommy bangun jam 2pm dan Cik Aliphant awal sket, around 12pm. To all readers, final World Cup nanti, jum beramai-ramai ke Dataran Merdeka. Memang tak kan menyesal! See you guys there. Cheers!
P/s : I just couldn't resist putting these pictures below. Hee~
Hoyeahhhh~ Viva la Espana..!!~
Ai-yuv-yuuuuu..David Villa!!
Jangan nanges yer dik..suro Portugal trening wajin-wajin in next World Cup ya~
Wonderpet (suka-suka saya jer bagi nama..HAHA)
@ Dataran Merdeka
(^^)Y
No comments:
Post a Comment