Kerang. Kerang adalah spesis moluska yang banyak terdapat kat pesisir pantai. Dia adalah seekor binatang. Ade yang boleh makan dan ade yang x boleh. Yang sy nak cakap dalam entry kali ini adalah kerang secara general, kalo korng nak spesifik, mungkin kite bleh spesifik kan kerang ne kepada kerang yang kita makan hari-hari tuh..Menurut Wikipidia, susur galur salasilah kerang adalah seperti berikut:
Kingdom: Animalia
Phylum: Mollusca
Class: Bivalvia
Untuk maklumat yang lebih lanjut dan lebih detail tentang kerang dan latar-belakang dia, boleh la check-out website ne:
Sebenarnya, sy bukan nak cerita pasal kerang. Tapi sy menulis tentang kerang due to an event yang berlaku semalam. Semalam sy dinner with an old friend, Zatsu (member sekelas masa Matrik Melaka dulu) and kitorang makan kerang bakar (as one of the side dish). Dalam pada berlumba nak abiz kan sepinggan kerang bakar (sedap beb..siap ade sambal sume skali..) last-last tinggal satu satu jer kerang dalam pinggan. Bila ada satu, selalu nya kita akan refer ia menggunakan penjodoh bilangan la kan, supaya ayat tuh lebih manis dan sopan. Tapi sy dan dia jadi blur sebab x taw nak refer kerang ne sebagai..seekor atau seketul..atau sebiji. Err..? Macam kelakar kan if tibe-tibe cakap 'Weh,abiz kan kerang ne, tinggal sekor lagi (err...?)'..hehe..So, bagi korang, apekah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk kerang? Pikir cepat pikir sebelum baca entry ne sampai abiz! Hee~
Pagi ne datang kerja, sy tergerak la nak letak persoalan ne sebagai status FB sy.
Apekah penjodoh bilangan untuk kerang.Se-ekor kerang? Err....?
Yeah, so many comments yg mengarut-mengarut timbul..hahaha..kelakar x bley blah semuanye! Tapi last-last, Yaya yang berjaya menyelesaikan persoalan perihal sang kerang neh. Siap amek penyataan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penguat hujah..hehehe..Terbaik la Ya! Ne sy paste komen Yaya yang konon hujah dia la.The whole comments+conversations regarding status sy tuh cam x apropriate nak paste sbb terlalu mengarut and..panjang okai..sampai 46 komen (!!!). Pecah rekod la komen kat status sy kali neh.Selalu paling banyak pown 30++ and trust me, semua merepek-merepek jer. Tapi damn funny.hehehe. Dan semua x setuju dengan sy that penjodoh bilangan for kerang is seekor. X baik taw korang diskriminasikan kerang just because dia x bergerak (secara obvious..hanya dalam rahsia bila tade orang tengok), x berbunyi, x berekor dan x berapa comel (err..ne adalah subjektif.sy rs kerang comel!)
So ini lah jawapan i.i komen Yaya; kepada persoalan tentang penjodoh bilangan kepada kerang :
Q:Saya ingin merujuk semula pertanyaan berkaitan dengan penjodoh bilangan bagai "kerang". Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya puas hati dengan jawapan yang diberikan. Tetapi saya masih ingin memndapat kepastian lagi, misalnya ada 2 kerang terjatuh atas lantai. Saya akan mengutip "kerang" itu. Jadi apakah penjodoh bilangan yang akan saya kenakan kepada dua.....kerang itu? Terima kasih tuan.
A:Dalam konteks ini, saudara boleh gunakan penjodoh bilangan ekor kerana kerang merupakan sejenis haiwan....
haa puas hati, sume xbleh lwn DBP.. sbb diorg yg buat kamus..
Hehe..jadi pasni kalo korang gi kedai and makan kerang pastu tinggal 1 jer lagi, boleh lah cakap
"Hey habiskan kerang tuh, ade sekor lagi x abiz"
Atau kalo nak suroh adik g kedai beli kerang, boleh la cakap
"Adik, beli kerang 11 ekor eh kat kedai Ah Meng"
Hahaha~ macam pelik pulak! Seterusnya, tibe-tibe sy wonder..kerang ne ade jantina ke? Hmmmm...~