Tuesday, May 31, 2011

Roaming! Roadtrip #8b : Phuket - Thailand (First Day)

Ola homosapiens! Tiba-tiba jadi rajin nie nak update tentang trip to Phuket hari tu. AMARAN dari saya, entry kali ni mengandungi gambar-gambar dan video yang sangat banyak yang leh buat pembaca juling biji mata kejelesan. Hehe. Don't say I didn't warn you okai? ^_^

Dari Hatyai, kami sampai ke Phuket hampir tengah malam and was being fetched by our tour agent, (Merl  punya kakak pernah guna khidmat dia) name Anee to our guesthouse, which was situated at Patong Beach. Dalam van kami nego dengan Anee tentang aktiviti kami esok dan harga yang paling relevan. It was decided that the next day kami akan berjalan-jalan di Bandar Phuket and pada malam hari, menonton ladyboy kabaret show at Simon Cabaret. Ladyboy tu maksud nya pondan. And when I said ladyboy, dude seriously..dorang betul macam perempuan! Huhuhu. Actually, trip kami nie hanya gunakan khidmat Anee untuk certain activity jer macam city tour and island hopping. The rest of activities masa kat Phuket kami redah sendiri. using map and guide book. Baru lah adventure kan? Hiks! *wink*

So our tour on first day kat Phuket, we roamed the city. First makan breakfast dulu kat Karon Beach which is bawah sket dari Patong Beach. Then Anee took us to Karon Viewpoint. Here, you can see the coast of Patong Beach, Karon Beach and the coast of Phuket in general. The view is Subhanallah, memang sangat indah and splendid! Nampak laut dan laut dan laut, it is sooooo breathtaking. Sumpah tak tipu!

The signage of Karon Viewpoint and the view of the coast from the viewpoint. Cantek kan?

Us at the viewpoint. Muka masih fresh dan masih cerah yer masing-masing. Muahaha~

After the viewpoint, we rode along the road and Anee asked us if we wanna rode the elephant. Mula-mula semua jual mahal and tak nak. Then kitorang give in, and decided, alahh..tanya jer lah dulu berapa. Kalau mahal sangat, snap pic dengan gajah sudah lah. Then Anee said "for the Thai people, riding the elephant is believed akan buang sial". We looked at each other and terus "owh okai, that was cool. We could use some luck! hehe.." I guess masa tu semua pun ada agenda in life which could use a bit of sial remover. Haha. So next activity, elephant riding time! 

In front of the signage

Bila orang bandar naik gajah masuk hutan, macam nie lah gaya dia! Cool kan? Hakhakhak~ 

Sebab tak selalu naik gajah, maka saya siap record video untuk tatapan sahabat handai dan kaum keluarga serta rakan-rakan sekalian di Malaysia so korang pun dapat feel cane naik gajah. HAHA. Macam lah kat Malaysia tade gajah. Tah pape. LOL~


Macam kasar pulak cara bercakap dengan rakan-rakan. Maaf rakan-rakan. Hehehe. Next, we went to another viewpoint area named Laem Promthep. Di sini, view dia pun sangat cantik. Nampak lah laut terbentang luas, saujana mata memandang!  

Laem Promthep

The view from Laem Promthep viewpoint

Okai so korang tanya apa yang best kat viewpoint nie? Pemandangan yang sangat sangat sangat cantik, then ada temple and..pemandangan yang sangat cantik lagi. Okai tak saya jawab macam tu? Hehehe. Di Phuket and Thailand in general, hampir lebih dari 95% rakyat nya beragama Buddha. Jadi, adalah logik if wherever you go in Thailand, you will see lots and lots and lots of wat/temple. Beza dia, besar or kecik jer lah.

Bukan. Dia bukan sami Buddha. Dia cuma seronok nak bergambar dengan patung gajah yang banyak kat Wat nie..hehehehe

Next, Anee bawak kami ke Wat Chalong. Wat Chalong adalah kuil utama di Phuket and sangat besar plus very ornate.  If I am not mistaken, wat nie ada 3 level. For more info on Wat Chalong, klik SINI owrite? =) Later we found out, after travelling around Phuket that the souvenire here is wayyyyyy cheaper compared to other parts of Phuket which were gila cekik darah. Huuu~ So before balik, kitorg siap kembali ke sini before heading to Phuket Airport (walaupun arah nya berlawanan) semata-mata untuk beli souvenire. 

Wat Chalong

 Inside of Wat Chalong - First Floor. Yang duduk depan bukan patung Buddha tapi Ester, Merl and Yus.

 Souvenire shopping

Souvenire shopping. Ini mungkin aktiviti kegemaran sesetengah orang, but trust me this is our least favoured activity.  Selain dari $$$ melayang, otak jadi pening choosing the right momento for the right receiver. Adoi. Pening..pening~ saya beli keychain gajah jer untuk semua orang tak pe yer? -_- Next, Anee bawak kami ke tempat menjual mutiara. Sebab apa bawak kami ke sini? Sebab if Anee bawak tourist ke situ, maka dia dapat komisyen. As for us? Kitorang redah jer lah. Agak-agak mampu, kami beli. Agak-agak tak, kami buat-buat berminat and blah cepat-cepat. BORING.. -_-

The biggest oyster shell ever found. Whoa! Cool kan?

The biggest pearl. One fresh water pearl, one sea water pearl. Which is which, sila jangan tanya sebab saya tak pay attention pun masa dia explain. Lalala~

Next Anee took us to a jewellery and diamond center. Diamond center? Hahaha. Cam nak gelak lak bila sampai tempat tu. Banyak plak duet saya kan nak borong diamond. Haihh..merepek sungguh. Tapi, WTH layan kan ajelah right? =P Afterwords we went to cashewnut factory atau nama melayu nya, Kilang Gajus. Ada air gajus yang promoted to be a healthy drink. Gajus yang disalut pelbagai salutan macam cheese, wasabi, cili, honey etc. Sedap memang lah sedap, tapi mahal. Tak pelah, apa guna tester kalau bukan untuk di test dan dihabiskan..kan? Ahaks! 
 
 Cara-cara cashewnut is cracked

 Tequila one shot. Eh bukan yer! Nie air gajus campur soda. Sedap jugak~

 Kami dengan Anee depan Kilang Gajus

Then Anee bawak kami ke tempat jual t-shirt yang berkualiti. By then memang dah penat, plus LAPAR. Aihh..ini adalah our last stop before tempat yang jadi the highlight of our day, Simon Cabaret, the ladyboy show! Bosan pulak tengok tshirt nie semua then we headed to Simon Cabaret. Wee-huuuu~!! Unfortunately, kat dalam show tak leh amek gambar. A fail attempt untuk amek gambar by Merl and Ester telah membuatkan kitorang kena monitor dengan usher kat situ. Hahaha. Next time nak amek gambar curi, jangan lupa nak off flash eh? =P Gambar ladyboy di bawah nie, saya dah habis tapis untuk sesuai bagi tatapan umum. Heee~ Gambar yang lain, diorang sangat lah daring. Saya nak tengok pun segan!

 Yang menggamit mintak peluk nie, macam the joker of the show. Super klakar mamat nie err..minah nie..errr..ape-ape jer ler~ -_-

Simon Cabaret pretty much end the tour of the day, After hantar kami pulang ke guesthouse, Anee balik and kami berehat kejap. Kejap jer rehat. Malam masih muda and there are still a lot to explore sekitar Patong Beach. So lepas membersihkan diri, kami keluar semula untuk makan and jalan-jalan. Plus saya tak bawak selipar, so nak cari selipar sekali. Nightlife at Phuket, especially Patong is very crazy. At Bangla Road, pub sand bars line up with pole dancer dancing on the table. Kat area dalam-dalam sket, we discovered ada banyak strip club. Hehehe.

Bangla Road nightlife. Owh takot~ Merl dan peminatnya. Hihi. Carilah pole dancer tu kalo korang terer!

Hard Rock Phuket ada bubble party.Kitorang tengok dari luar jer~

Later after that, we were all dah penat gilaaaa plus esok kitorang nak pergi island hopping kat Phi Phi Island., so we call it a day. Selipar pun dah beli, so its time to rest. Saya stop kat sini dulu, bagi chance korang jeles tengok gambar and tengok video yang tah pape..hahaha. I end my entry with this, my favourite picture on our first day kat Phuket. Cheers!

Escapisme. To be away from reality temporarily, to feel the freedom of soul and mind, at peace with nature. Adventure.

(^^)y

p/s : click picture to enlarge!! *wink*

No comments: